ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMECATAN LUTFI & GANG WAJAR & TEPAT (VIDEO INSIDE)

Thursday, 15 January 2015

PEMECATAN LUTFI & GANG WAJAR & TEPAT (VIDEO INSIDE)


Video ini mengandungi pandangan mantan Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri mengenai kemelut isu pemecatan Chief Editor Harakah bersama 2 wartawan kanan yang lain seperti yang tersiar dalam Isu HARAKAH.

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri berpendapat pemecatan tiga wartawan Anwarinas dalam Harakah adalah tepat.

“Isu pemecatan tiga orang termasuklah Ketua Pengarang Harakah (Ahmad Lutfi Othman) adalah satu tindakan yang betul kerana Harakah itu merupakan suara rasmi parti (PAS).

“Tetapi apabila pengarang-pengarang dalam Harakah yang lebih meletakkan kepentingan kepada kelompok yang dikuasai oleh saudara Anwar Ibrahim sehingga menafi dan mengenepikan suara-suara ulama dalam aktiviti parti.

“Sebagai contoh apabila Lutfi memberi ruang yang cukup besar kepada abangnya sendiri, Dinsman dalam kolumnya sendiri (dalam Harakah), menghentam ulama-ulama yang tidak sepatutnya (berlaku).

“Merupakan sesuatu yang pelik suara rasmi PAS melalui Harakah telah digunakan secara halus atau terbuka (untuk) menghentam ulama-ulama, sekaligus mahu menolak kepimpinan ulama itu sendiri,”katanya.Ustaz Hassan Basri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin mengkritik Datuk Mustafa Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah di atas pemecatan tiga wartawan Harakah itu.

Cikgu Ishak yang lebih rapat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan Mustafa yang disebut-sebut dari kumpulan ulama di atas Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah), Tarmizi Mohd Jam (Pengarang) dan Roslan Hamid (Pengarang) sebagai zalim dan tidak berperi kemanusiaan.

“Kami juga ingin bertanya apakah tindakan yang dibuat ini ekoran daripada pergolakan yang berlaku dalam PAS ?

“Semua orang tahu, berlaku (pergolakan) di antara dua golongan tertentu…,”kata Cikgu Ishak

No comments:

Post a Comment