ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO STAFF KFC BERTUMBUK DALAM KFC JADI VIRAL

Sunday 18 January 2015

VIDEO STAFF KFC BERTUMBUK DALAM KFC JADI VIRAL

SELEPAS tersebarnya video pergaduhan diantara staff KFC yang berlaku didalam premis KFC itu sendiri, pihak KFC telah tampil memohon maaf atas insiden yang telah terjadi itu
Menurut sumber kejadian itu berlaku di premis KFC dan pihak pengurusan telah memuat naik satu artikal permohonan maaf mereka didalam Facebook
Menurut penyiasatan awal dari pihak KFC sendiri, insiden yang berlaku di antara dua adik beradik itu berpunca dari hal peribadi.

Video yang berdurasi selama 37 saat dipercayai telah dirakam oleh salah seorang pelanggan yang berkunjung di premis berkenaan.

Didalam video tersebut kelihatan seorang staf perempuan mengeluarkan kata-kata kesat kepada salah seorang staf yang berada disebalik dinding di bahagian dapur premis tersebut.
Selain itu terdapat juga adegan sepak menyepak berlaku dimana seorang staff lelaki dilihat memberi aksi ‘flying kick’.
Di laman sosial pula, orang ramai mempersoalkan etika di tempat kerja staf-staf berkenaan yang dikatakan tidak professional kerana bertindak sedemikian dihadapan pelanggan.

No comments:

Post a Comment