ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BIADAP DAN KETERLALUAN : SAMAKAN JURURAWAT DENGAN PELACUR MURAHAN !!!

Wednesday, 7 January 2015

BIADAP DAN KETERLALUAN : SAMAKAN JURURAWAT DENGAN PELACUR MURAHAN !!!

Sebuah status di laman sosial sedang tersebar berkenaan penghinaan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh jururawat di hospital dan klinik kerajaan.

Ini status dari seorang pengguna media sosial tersebut:


2

“Swasta mmg la best layanan die sbb tu la mahal.. kalau kerajaan ni kan murah.. so layanan mcm pelacur murahan.. semua staff2 nurse kerajaan ni mmg dah mcm pelacur murahan..!!’

Entah apa yang jururawat yang telah lakukan pada diri beliau sehingga tergamak menyamakan pekerjaan yang mulia itu dengan gelaran tidak sepatutnya.

Andainya mahu tegur sekalipun, biarlah kena dengan caranya, bukan dengan memaki hamun di laman sosial. Ramai lagi yang menerima perkhidmatan dari jururawat di hospital kerajaan ini yang berpuas hati.

Berhati-hati ketika menggunakan laman sosial, setiap pandangan dan komen yang kita lontarkan itu mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang oleh sesetengah pihak, jika benarlah perkara ini berlaku diharap pemilik laman sosial tersebut berhenti dan perlulah memohon maaf atas ketelanjuran yang berlaku.


MyNewsHub

No comments:

Post a Comment