ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO : ANNUAR MUSA SERU PAS SERTAI BN, ELAK TERUS DIBULI PKR DAN DAP

Tuesday, 14 October 2014

VIDEO : ANNUAR MUSA SERU PAS SERTAI BN, ELAK TERUS DIBULI PKR DAN DAP


Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata, PAS adalah tulang belakang kepada komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR) meskipun kemelut menteri besar Selangor sebelum ini menyaksikan parti Islam itu bertelagah dengan DAP dan PKR.

Annuar berkata, lebih baik PAS bersama dengan Barisan Nasional (BN) daripada terus dibuli rakan-rakan dalam PR.

“Saya nak tahu kenapa dalam Pakatan Rakyat, PAS dibuli sedangkan Umno pun tak buli PAS.

“Kita dengan PAS mungkin berbeza pendapat, (tetapi) bercerai tidak.

“Malah saya mendoakan kalau PAS banyak-banyak kena buli, marilah duduk bersama BN,” kata Annuar sewaktu perbahasan Belanjawan 2015 di Parlimen semalam.

Jom saksikan VIDEO tersebut... 

No comments:

Post a Comment