ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PADAH CURI KABEL DI BILIK PENCAWANG TNB, LELAKI TERBAKAR HAMPIR 80% !!!

Tuesday 14 October 2014

PADAH CURI KABEL DI BILIK PENCAWANG TNB, LELAKI TERBAKAR HAMPIR 80% !!!


BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki terbakar hampir 80 peratus anggota badannya selepas dia didakwa memasuki bilik pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 1.15 petang di bilik pencawang di bangunan Lee Rubber di Jalan Tun Perak, Bachang di sini.

Menurutnya, semasa anggota bomba dan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) tiba di lokasi kejadian, kebakaran pada tubuh mangsa sudah dipadamkan.

"Mangsa yang terbakar 80 peratus pada bahagian badan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Melaka oleh unit EMRS untuk rawatan," katanya.

Sementara itu, pihak TNB telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan menganggarkan kerugian RM200,000 kerana terpaksa menukar alat suis dan peralatan yang rosak.
HMetro
Padah Curi Kabel Elektrik, Badan Terbakar 80%

No comments:

Post a Comment