ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DICULIK, NYARIS DIJUAL DI THAILAND

Saturday 18 October 2014

PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DICULIK, NYARIS DIJUAL DI THAILAND

Politeknik Ibrahim Sultan

JOHOR BAHRU - Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam semalam.
   
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit.
   
"Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu," katanya hari ini.
   
Bernama difahamkan penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.

Mangsa yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan bertindak nekad terjun daripada lori yang dinaiki dalam kejadian di Jalan Batu 48 dekat sini pagi ini sebelum diselamatkan orang awam. Selain mangsa, tujuh kanak-kanak dipercayai Cina, India dan Melayu turut berada di bahagian belakang lori yang ditutup kanvas itu.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi tadi.

Bagaimanapun menurutnya, pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga mereka di kawasan Seri Alam.
   
Buat waktu ini kami masih menyiasat laporan polis yang dibuat oleh penuntut wanita itu, katanya.
   
"Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.
   
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, kata beliau.

No comments:

Post a Comment