ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GARA-GARA NAK PERSOALKAN RTM BERAT SEBELAH, NGA KOR MENG 'TERPERANGKAP' DALAM SIARAN LANGSUNG RTM !!!

Tuesday 14 October 2014

GARA-GARA NAK PERSOALKAN RTM BERAT SEBELAH, NGA KOR MENG 'TERPERANGKAP' DALAM SIARAN LANGSUNG RTM !!!


Nga Kor Ming,Ahli Parlimen DAP Taiping perlu belajar tengok kiri kanan sebelum nak bercakap.

Gara-gara nak persoalkan RTM berat sebelah tidak bagi liputan kepada pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat beliau terlupa ia sedang disiarkan secara langsung di televisyen menerusi saluran itu.

Ini memberi bola tanggung kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Shabery Cheek 'tembak balik' Nga depan ribuan penonton.

Nga membangkitkan perkata itu dalam soalan tambahan semasa sesi soal jawab sidang itu pagi Selasa.

Dakwanya laporan RTM cuma sebelah kerajaan saja..sebelah pembangkang tak ada langsung.

Shabery mengingatkan Ahli Parlimen pembangkang itu siaran langsung sidang Dewan Rakyat di RTM yang membolehkan rakyat melihat perbahasan baik wakil kerajaan maupun pembangkang dimulakan oleh pentabiran kerajaan sekarang.

Katanya sewaktu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan dulu mana ada siaran langsung ini.

Menurut Shabery Ketua Pembangkang yang didewa-dewakan oleh mereka sebagai pemimpin alternatif di negara itu sendiri tidak bersikap terbuka seperti sekarang.

"Ini petanda kita menuju kearah baru...kita bersikap lebih terbuka sekarang,.Zaman kami lebih jauh terbuka dari zaman Yang Berhormat Permatang Pauh sewaktu dia berada dalam kerajaan",katanya.

Menteri itu juga membangkitkan mengenai larangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ( Kerajaan DAP) keatas Utusan membuat liputan.

Katanya Dewan Rakyat tidak pernah melarang mana-mana wakil media membuat liputan sidangnya.

"Itu belum dapat kuasa di sini (kerajaan pusat) pun sudah buat sekatan begitu,"katanya.

Shabery berkata dalam negara rangking kebebasan akhbar terbaik di rantau ini adalah Timor Letse. " Apakah kita nak jadi Timor Letse ..sebagai negara terbaik." beliau bertanya.

Ironinya katanya DAP sentiasa agungkan Singapura sebagai negara yang menjadi contoh...sedangkan kebebasan akhbar di negara itu jauh lebih rendah dari Malaysia.

"Yang menjadi model...yang menjadi pujaan ialah Singapura...itu adalah contoh terbaik tetapi kebebasan medianya bukanlah yang terbaik," katanya.

Menteri itu menambah Singapura mungkin mempunyai sebab tersendiri untuyk menguruskan masyarakat yang aman dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau juga membangkitkan mengenai insiden Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chieng Jen mempertikaikan peraturan mainkan lagu Negara Ku dalam panggung wayang semasa sambutan Kemerdekaan.

Ahli Parlimen itu kemudian telah menarik balik kenyataannya selepas ramai pihak yang mengecam tindak tanduknya.
AgendaDaily-14/10/2014

No comments:

Post a Comment