Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong keputusan yang diambil Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung krisis Menteri Besar Selangor semalam.
Perkara ini dinyatakan Nik Aziz kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa pertemuan mereka di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pagi semalam menarik balik sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menamakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.
No comments:
Post a Comment