ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MB SELANGOR : HADI AWANG SERAHKAN KEPADA SULTAN

Monday 18 August 2014

MB SELANGOR : HADI AWANG SERAHKAN KEPADA SULTAN


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Sultan Selangor sama ada memperkenan atau sebaliknya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Musyidul Am Pas, Abdul Hadi berkata, parti boleh mengemukakan sesiapa sahaja sebagai calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun keputusan akhir tetap berada di tangan Sultan.

Ujarnya lagi, Pas menerima apa sahaja keputusan Sultan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Tapi kita berharap perkara seperti itu tidak berlaku,” katanya.


Dalam mesyuarat lebih sejam itu, Pas Pusat yang sebelum ini menyokong kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat pusingan U dengan bersetuju Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dicalonkan untuk menjadi menteri besar yang baharu.

PKR bagaimanapun memutuskan hanya Wan Azizah akan dicalonkan bagi menggantikan Abdul Khalid bagi jawatan itu.


PAS SELANGOR AKAN KERJASAMA DENGAN WAN AZIZAH JIKA ISTANA PERKENAN !!!
SHAH ALAM – PAS menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai calon kedua untuk jawatan Menteri Besar kerana parti itu tidak selesa dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai negeri tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata keputusan untuk menamakan Azmin hadir selepas parti itu dimaklumkan oleh istana bahawa Wan Azizah bukan calon sesuai untuk mengisi jawatan tersebut.

“Namun jika pemimpin Pakatan Rakyat merasakan beliau (Wan Azizah) adalah calonnya dan istana perkenan, jadi kita akan bekerjasama dengan beliau,” kata Sallehin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini Isnin.

Sallehin berkata, memandangkan Sultan Selangor berada di luar negara, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan menteri besar yang sah dan mempunyai kuasa untuk menjalankan dasar dan kerja pentadbiran.

“Saya tidak rasa beliau (Khalid) akan meletak jawatan sekarang kerana ia akan menyukarkan rakyat.

“Selain itu, beliau sudah menjelaskan bahawa beliau kehilangan sokongan majoriti daripada Adun.

“Jadi tunggu sehingga Sultan kembali,” kata Sallehin.

Pada Ahad, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebulat suara memutuskan untuk tidak menyokong Khalid sebagai menteri besar.

Parti itu menamakan nama Azmin sebagai seorang lagi calon dan akan menghormati keputusan PKR untuk menghantar nama Wan Azizah bagi jawatan tersebut.

Khalid kemudiannya berkata beliau akan memaklumkan kepada Sultan mengenai perkara itu sebaik saja baginda tiba di tanah air.
mStar

No comments:

Post a Comment