ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : KHALID CABAR EXCO LETAK JAWATAN !!!

Monday 11 August 2014

TERKINI : KHALID CABAR EXCO LETAK JAWATAN !!!


Shah Alam : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor boleh mencabarnya manakala Exco yang tidak mahu berkhidmat di bawah kepimpinannya boleh meletak jawatan.

Menurut beliau, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, dalam pertemuan mereka pagi ini, telah berkenan untuk beliau meneruskan tugas sehingga terdapat perkembangan terbaru. 

Tuanku memperkenankan beliau terus mengekalkan jawatannya kerana masih mendapat sokongan daripada empat Exco daripada PAS.

"Saya telah sembah maklum kepada Tuanku dan menerangkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar.

"Saya turut memperjelaskan bahawa saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Khalid berkata, beliau akan bertemu dengan Exco PKR dan DAP esok bagi menjelaskan perkembangan semasa dan bagi mereka yang tidak mahu meneruskan kerjasama dalam pentadbiran boleh meletakkan jawatan. 

"Setakat ini saya masih mendapat sokongan ahli dewan negeri dan mereka yang tidak percaya mengenai boleh mencabar untuk mengesahkannya," katanya. 

Tambahnya, sehingga ada perkembangan terbaru, beliau masih kekal memegang jawatan Menteri Besar dan menjalankan tugas seperti biasa.
myMetro

No comments:

Post a Comment