ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MURID TAHUN DUA MAUT TERCAMPAK KELUAR DARI KERETA IBU !!!

Wednesday 13 August 2014

MURID TAHUN DUA MAUT TERCAMPAK KELUAR DARI KERETA IBU !!!


PARIT BUNTAR: Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Megat Aris, Bagan Tiang di sini, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu ibunya ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa Muhammad Ilham Zaki, 8, yang lengkap berpakaian sekolah maut di tempat kejadian dalam keadaan mengerikan setelah mangsa tercampak keluar dari tingkap hadapan tempat duduk penumpang sebelum digilis kenderaan itu yang terbalik setelah terbabas akibat melanggar wayar penahan tiang elektrik di kiri jalan. 

Jurucakap polis mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat. 

No comments:

Post a Comment