ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KENYATAAN MEDIA PAS !!!

Sunday 17 August 2014

KENYATAAN MEDIA PAS !!!


Sidang akhbar sebentar tadi  yang dipengerusikan oleh Mohamad Sabu telah memaklumkan bahawa mesyuarat khas yang diadakan memutuskan bahawa, 

1. Pas dalam isu Menteri Besar Selangor memutuskan bahawa parti itu akan terus bekerjasama dengan pakatan pembangkang.
2. Keempat-empat Exco Pas akan terus menjalankan tugas dan Pas tidak akan tuntut jawatan Menteri Besar.
3. Pas turut membuat keputusan mencadang dua nama sebagai calon Menteri Besar iaitu Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali.
4. Pas tidak lagi menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar kerana beliau telah dipecat Parti Keadilan Rakyat.

Menurut Mohamad Sabu, keputusan telah dibuat secara sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Mana pergi fatwa Hadi Awang?
Mana pergi kata-kata berbisa Nik Aziz?
Mana suara Ulamak Jadian Pas?

Kenapa nama Wan Azizah kekal juga sebagai pilihan untuk menjadi pemimpin No1 Selangor ???

Rakyat Selangor dipermainkan !!!


No comments:

Post a Comment