ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JURURAWAT BERANG KEJAR PERAGUT 15KM

Tuesday 12 August 2014

JURURAWAT BERANG KEJAR PERAGUT 15KM

Sungai Petani – Tindakan berani seorang jururawat hospital swasta berusia 25 tahun yang bertindak mengejar dua lelaki yang meragut begnya menyebabkan seorang daripada suspek berjaya ditahan orang ramai dalam kejadian di Sungai Lalang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, jururawat terbabit dalam perjalanan dari Gurun ke tempat kerjanya di Amanjaya, di sini dengan menunggang sebuah motosikal, namun sebaik tiba di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bedong, dia dihampiri sebuah motosikal Honda EX5 yang dinaiki dua lelaki.

Jururawat itu mengejar suspek hampir setengah jam sejauh 15 kilometer (km) sebelum lelaki yang meragutnya itu dapat ditahan orang ramai di Tanan Bandar Baru, Sungai Lalang.

Jurucakap polis berkata, seorang daripada suspek bertindak merampas beg mangsa yang berada di dalam raga motosikal dan terus memecut ke arah Permaipura, di sini.

“Jururawat terbabit yang terkejut dengan kejadian itu kemudian nekad mengejar dua suspek berkenaan. Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan memasuki kawasan Kongsi 6 dan keluar ke Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, sini sini.

“Sebaik sampai di taman terbabit, jururawat itu menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai yang ada di kawasan itu. Jeritan mangsa didengari beberapa lelaki yang berada di taman berkenaan yang kemudian bertindak menghalang motosikal suspek.

“Seorang daripada suspek berjaya ditahan manakala rakannya berjaya melepaskan diri. Suspek kemudian diserah kepada anggota polis yang kebetulan sedang meronda di kawasan itu,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 20-an itu memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan seorang penagih dadah.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut,” katanya.
myMetro

No comments:

Post a Comment