ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TNB JAWAB FITNAH HUSAM

Saturday 3 January 2015

TNB JAWAB FITNAH HUSAM


Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengatakan TNB punca di sebalik kejadian banjir luar biasa yang berlaku di Kelantan tahun ini.

Menerusi satu kenyataan media, Unit Komunikasi Korporat TNB berkata, terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.

Antara tuduhan yang dibuat ke atas TNB ialah 
1) limpahan air daripada Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan, 
2) empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan, 
3) kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai dan seterusnya ke Kota Bahru, 
4) Projek ini dilaksanakan secara rahsia.

TNB tampil menafikan kesemua tuduhan berkenaan dengan memberikan penjelasan bahawa projek itu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir.


Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di  Terengganu dan dipisahkan daripada  Kelantan oleh banjaran gunung.

“Oleh hal yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak,” katanya.

Menurut kenyataan itu, air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah dan air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah.

Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan, air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir.

“Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat di mana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir.

“Adalah mustahil untuk air pelepasan daripada kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih di bawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan,” ujarnya.

TNB menafikan dakwaan yang mengatakan projek itu dilaksanakan secara rahsia kerana ia dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Malah, katanya, upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa.

TNB sekali lagi menegaskan bahawa projek berkenaan tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan di dalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir.

FAKTA DISEBALIK BANJIR TERBURUK DI KELANTAN !!!

A Karim Omar - Setelah kiriman saya beredar pada 1hb Januari 2015 untuk menjawab “bagi pihak TNB Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?, akhirnya, hari ini, TNB mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab fitnah Husam Musa.
Pada 31hb Disember 2014, Husam Musa menyalahkan kerja-kerja pembinaan projek empangan Kenyir 2 sebagai punca banjir di Kelantan. (Baca: Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan?)
Baca kenyataan penuh kenyataan TNB (klik pada imej untuk paparan lebih besar):
Walaupun akhirnya TNB mengesahkan penjelasan yang telah saya utarakan sebelum ini – namun TNB dikira terlalu lambat untuk menjawab sesuatu isu berkaitan reputasi TNB. TNB tidak patut tunggu sehingga hari ke empat baharu hendak jawab secara rasmi.


No comments:

Post a Comment