ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JUMLAH KESELURUHAN MANGSA BANJIR DI EMPAT NEGERI MENURUN

Sunday 11 January 2015

JUMLAH KESELURUHAN MANGSA BANJIR DI EMPAT NEGERI MENURUN


Jumlah keseluruhan mangsa banjir di kesemua pusat pemindahan di empat negeri terlibat banjir menurun kepada 10,346 orang setakat 9 pagi ini berbanding 12,971 malam tadi.

Namun, dua pusat pemindahan baharu dibuka di Bentong, Pahang pada 12 tengah malam tadi selepas dua kampung di daerah itu dinaiki air.

Kedua-dua pusat itu menempatkan sebanyak 99 mangsa banjir melibatkan 23 keluarga dari Kampung Chergar Medang dan Kampung Batu 1 Chamang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang bagaimanapun berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir di pusat pemindahan di negeri itu menurun kepada 5,256 orang pagi ini berbanding 7,807 orang malam tadi.

Sebanyak 29 pusat pemindahan dibuka dengan Pekan menempatkan mangsa paling ramai iaitu sebanyak 2,675 orang diikuti Kuantan (888); Maran (848); Temerloh (437); Rompin (262); Bentong (99) dan Bera (47).

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong berkata laluan Bentong-Raub telah ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku hakisan teruk akibat arus deras di jambatan Kampung Baru Bentong. Pengguna dinasihat menggunakan jalan alternatif Bentong-Lebuhraya Karak-Cinta Manis-Sertik-Mempaga atau Lebu-Raub atau Sertik-Kuala Krau.

Di PERAK, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan berkurangan daripada 2,735 orang malam tadi kepada 2,661 orang pagi ini.

Beliau berkata sebanyak 14 pusat pemindahan masih dibuka dengan Perak Tengah mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 1,965 orang, Hilir Perak (465), Manjung (155) dan Hulu Perak (76).

Di KELANTAN, jurucakap MKN Kelantan berkata jumlah mangsa banjir di 27 pusat pemindahan di negeri itu kekal sebanyak 2,366 orang seperti yang direkodkan malam tadi dengan Gua Musang menempatkan sebanyak 1,157 mangsa, Kuala Krai (1,016), Machang (100) dan Tanah Merah (93).

Di JOHOR, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di Segamat juga kekal 63 orang seperti direkodkan malam tadi.

Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat masih terputus hubungan, katanya.
BERNAMA

Sesi Persekolahan 41 Sekolah Ditunda Seminggu Lagi - KP Pelajaran

Berikut ialah senarai sekolah yang ditunda permulaan persekolahan:

Perak
1. SK Bandar (Perak Tengah) 2. SK Bandar Tua (Perak Tengah) 3. SK Pulau Tiga Kiri (Perak Tengah) 4. SK Tok Pelita (Perak Tengah) 5. SK Lambor Kanan (Perak Tengah) 6. SK Tanjung Bidara (Perak Tengah) 7. SK Pasir Panjang Hulu (Perak Tengah) 8. SK Pulau Juar (Perak Tengah) 9. SK Selat Pulau (Perak Tengah) 10. SK Changkat Banjar (Perak Tengah) 11. SK Pasir Kubu (Perak Tengah) 12. SK Teluk Kepayang (Perak Tengah) 13. SMK Sultan Muzaffar Shah 1 (Perak Tengah) 14. SMK Sungai Ranggam (Perak Tengah) 15. SMK Dato Maharajalela (Perak Tengah) 16. SABK Ehyak Diniah (Perak Tengah) 17. SMK Lambor Kiri (Perak Tengah) 18. SK Kayan (Manjung) 19. SJK (T) Kayan (Manjung)

Kelantan
1. SMK Dabong (Kuala Krai) 2. SK Dabong (Kuala Krai) 3. SK Kemubu (Kuala Krai) 4. SK Lela Jasa (Kuala Krai)

Pahang
1. SMK Pulau Tawar (Jerantut) 2. SK Kampung Pagi (Jerantut) 3. SK Gintong (Jerantut) 4. SMK Paloh Hinai (Pekan) 5. SMK Dato Mahmud Mat (Pekan) 6. SK Mambang (Pekan) 7. SK Langgar (Pekan) 8. SK Temai (Pekan) 9. SK Kampung Acheh (Pekan) 10. SK Pulau Rusa (Pekan) 11. SK Pulau Manis (Pekan) 12. SK Ganchong (Pekan) 13. SK Kinchir (Pekan) 14. SK Tanjung Medang (Pekan) 15. SK Sri Mualana 16. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (Pekan) 17. SMK Lepar (Pekan) 18. SK Ubai, Pekan (Kuantan)

No comments:

Post a Comment