SHAH ALAM - Kurang seminggu diwujudkan halaman Facebook 'Sejuta Rakyat Malaysia Bantah Pesta Arak', ia sudah mendapat sambutan di luar jangka apabila lebih 18,000 Like diperoleh.
Pengendali akaun berkenaan, Najmuddin Yusof berkata, penubuhan gerakan itu sebagai reaksi balas terhadap pesta arak 'Oktoberfest' yang kini dipolitikkan untuk kepentingan pihak tertentu.
Ujar Najmuddin, beliau mahu gerakan itu lebih senang dilihat berkecuali dalam memberi kesedaran tentang bahayanya arak kepada kesihatan tanpa mengira kaum dan agama.
"Kita adalah sekumpulan anak-anak muda yang sudah bosan dengan polemik politik, sejak pesta arak dipolitikkan, kita mahu jadi suara yang bebas, tidak berpolitik.
"Kami menyuarakan isu-isu yang kita nampak pasal arak, kita faham arak ini bukan dari sudut agama sahaja bahkan ia tidak elok untuk kesihatan.
"Jadi kita hendak berkempen supaya orang ramai menjauhi arak, tidak mengira bangsa dan agama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mengulas lanjut, pihaknya tidak menolak untuk berdaftar sebagai NGO bagi memastikan kempen kesedaran menolak minuman yang memabukkan itu mencapai sasarannya.
"Saya rasa kita kena fikir, kalau kita mahu membantah secepat mungkin, mungkin kami terpaksa bergerak membentuk NGO dulu.
"Kita tidak menolak kemungkinan itu, mungkin lepas ini jadi NGO, baru ada suara sikit untuk jumpa PBT dan agensi kerajaan lain," ujarnya.
Menurut Najmuddin, pihaknya akan memperhebatkan lagi usaha mereka termasuk mengadakan dialog dan mengadakan bantahan terbuka di premis pihak penganjur pesta arak itu.
"Kita akan berkempen lagi, kemudian cetak t-shirt, jangka panjang mungkin buat dialog," jelasnya.
Page berkenaan yang menggunakan logo botol arak pecah menjadi simbolik kepada kempen 'Tak Nak Arak' terpampang di laman berkenaan.
Ditanya tentang sasaran sejuta Like, beliau berkata ia hanyalah gimik dan lebih penting lagi katanya pendidikan tentang bahayanya arak perlu diterapkan dalam masyarakat khususnya generasi muda.
"Sebenarnya satu cabaran untuk dapatkan sejuta page Like itu dan kami gunakan angka itu sebagai gimik.
"Kita pentingkan kualiti, tidak semestinya kita letakkan sejuta, kita perlukan sejuta orang," katanya lagi.
SH
No comments:
Post a Comment