ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAJET2015 : KELANTAN DIANAKTIRIKAN

Sunday 12 October 2014

BAJET2015 : KELANTAN DIANAKTIRIKAN

bajet2015

KOTA BHARU - Kelantan sekali lagi dianaktirikan dalam Bajet 2015 kerana menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal memberi perhatian kepada keperluan kritikal di negeri ini.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sepatutnya kerajaan di bawah pentadbiran Najib peka dengan keperluan tersebut kerana ia telah lama diutarakan kepada Kerajaan Pusat.

Menurutnya, keperluan kritikal itu telah disebut ketika pertemuan antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Najib sebelum ini bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan serta Pusat.

“Malah, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sendiri menyebut komitmen Kerajaan Pusat untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), namun tiada apa-apa dalam perkembangan Bajet 2015.

“Kali ini dalam Bajet 2015, isu LTSIP, lebuh raya dan keperluan kritikal lain di negeri ini masih gagal diberi tumpuan,” katanya kepada Sinar Harian, mengulas pembentangan  Bajet 2015 kelmarin, yang bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat.

Mengulas isu menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk semua kategori, Ahmad Fadhli berkata, ia hanya sekadar untuk ‘ mengumpan’ rakyat selepas subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen baru-baru ini.

“Naikkan BR1M tidak mampu menampung kos sara hidup dan barangan keperluan yang semakin mahal.

"Malah, Bajet 2015 juga tidak berjaya kurangkan beban rakyat peringkat akar umbi, sebaliknya mereka akan terus menanggung derita,” katanya.

Bajet 2015: Nik Aziz tidak puas hati
Nik Abdul AzizKOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kekesalan berhubung pembentangan Bajet 2015 kelmarin, dengan menyifatkan saluran bantuan digunakan masih tidak telus.

Beliau terus mempersoalkan Kerajaan Pusat yang masih menggunakan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai saluran bantuan di negeri ini.

“Buatlah apa sahaja bajet, jika tidak kawal pembaziran, mustahil untuk laksanakan apa-apa hasrat, itu yang saya dapat kata melalui pengalaman saya selama 23 tahun jadi ketua Kerajaan Negeri Kelantan.

“Kenapa Kerajaan Pusat salur duit untuk pembangunan di negeri ini melalui JPP. Ini adalah dosa dunia akhirat. Selagi kuasa tender ada di Pusat mustahil untuk buat apa-apa, semua itu mengarut,” katanya kepada media ketika ditemui di rumahnya, dekat Pulau Melaka semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga dalam pembentangannya menyebut mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia.

Nik Aziz berkata, BN tidak boleh tolak Islam tetapi mereka sebenarnya menolak dasar Islam.

“Mana boleh Islam tolak Islam tetapi mereka (BN) tolak Islam dan guna dasar kebangsaan, BN pandang serong pada Islam (kerana tolak Islam).


“Mahu bagi bantuan tidak salah tetapi mesti melalui saluran betul, ketika saya jadi Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mereka (kerajaan) hantar syarikat dari Kuala Lumpur, bukan syarikat tender,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment