ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WANITA MAUT TERJUN KORIDOR SELEPAS BERTENGKAR DENGAN SUAMI

Saturday 16 August 2014

WANITA MAUT TERJUN KORIDOR SELEPAS BERTENGKAR DENGAN SUAMI

SEMALAM, menerusi Facebook Daily Traffic Report, satu kejadian bunuh diri telah dilaporkan berlaku di Apartment Cammelia, Kajang.
Mangsa yang juga seorang suri rumah, Nurhasyaiwany Razid, 28, dikatakan terjun dari kediamannya selepas bertengkar dengan suaminya, Azmi Abd Rahman.
Ketika kejadian, Azmi berkata dia sedang berada di bilik untuk mengemas pakaiannya.
Sebaik sahaja menyedari isterinya terjun dari koridor rumah, dia bergegas turun ke bawah.
Malangnya, wanita itu telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, ada pihak yang meminta agar siasatan dijalankan secara terperinci bagi memastikan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.

No comments:

Post a Comment