ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI !!! KHALID IBRAHIM AKAN BUBAR DUN DALAM MASA TERDEKAT ???

Wednesday 6 August 2014

TERKINI !!! KHALID IBRAHIM AKAN BUBAR DUN DALAM MASA TERDEKAT ???


Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah diberikan SURAT TUNJUK SEBAB oleh PKR berikutan dari keenggananya menurut kemahuan parti supaya lepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. Beliau diberikan tempoh tiga hari untuk menjelaskan kepada parti sebab-sebab yang boleh diterima oleh parti mengapa beliau perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. Jika gagal memberikan sebab-sebab yang boleh diterima beliau berhadapan dengan tindakan dipecat keahliannya dari PKR.

Implikasinya ialah beliau akan kehilangan kelayakkan sebagai Menteri Besar, kerana beliau berada di kerusi Menteri Besar itu atas kapasiti ADUN dari PKR. Nampak tak permainan jijik Anwar Ibrahim ??? kenapa saya kata begitu ??? dulu beria-ia Anwar Ibrahim kata Khalid Ibrahim bersih dan MB terbagusssss di selangor. Anwar Ibrahim juga memberi peluang sepenggal lagi untuk Khalid Ibrahim menjadi MB. Sekarang apa dah jadi ??? apa cerita ni ??? tiba-tiba Wan Azizah diangkat jadi MB dengan alasan kononnya Wan Azizah adalah presiden. Nampaknya Anwar Ibrahim dah langgar semua perjanjian.apa hukum kalau kita langgar janji tu ???

Apa pun sekiranya beliau mengumumkan akan keluar parti menjadi ADUN Bebas mesra BN beliau tetap kehilangan jawatan Menteri Besar itu. Kerana di Selangor UMNO/BN adalah kelompok minoriti yang tidak membolehkan beliau kekal sebagai Menteri Besar. Nampaknya jika apa yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette ini adalah benar, jelas beliau telah mengambil langkah yang telah digunakan di sebuah negeri di utara Semenajung semasa PRU13 yang lalu. Beliau dilaporkan akan membubarkan DUN dalam masa terdekat, lihat cerita di bawah

Anwar tak perlu sibuk, Khalid akan bubar DUN

"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat." Itulah maklumat terkini yang sampai di meja politik MalaysiaGazette sebentar tadi.

Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan Ahad lepas, Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti. Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas. Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya. 

Jelasnya,pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri. "Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnyaMalaysia Gazette 

No comments:

Post a Comment