ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : ISU VIDEO BOGEL DI PULAU PINANG !!!

Tuesday 5 August 2014

TERKINI : ISU VIDEO BOGEL DI PULAU PINANG !!!

Pesta tak ada maruah

Georgetown: Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu penyebaran video bertajuk 'Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang' yang disebarkan secara meluas di laman sosial.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis juga akan mengesan identiti mereka yang terbabit dalam rakaman itu serta pihak penganjur.

"Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada beberapa individu berhubung isu video terbabit," katanya ketika dihubungi.

Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat itu sekumpulan kira-kira 20 individu terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel sambil menjalankan aktiviti di Teluk Kampi, Teluk Bahang, di sini Jun lalu.

video-sx-pesta-bogel-di-pulau-pinang

Terdapat juga video yang berdurasi 5 minit 25 saat yang dimuat naik bertajuk 'Malaysia Nude Sports Games 2014' (Pesta Sukan Bogel Malaysia 2014) merupakan video versi penuh.

Harian Metro difahamkan, terdapat beberapa lagi video pesta bogel turut dimuat naik pemilik akaun itu sejak beberapa bulan lalu.

Tiada kebenaran sukan bogel diberikan

Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengakui tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi YouTube sejak semalam.

Guan Eng berkata, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan. 

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta sukan bogel berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. 

"Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,"katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam YouTube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang di sini.

Selain melukis pada badan, mereka turut melakukan beberapa aktiviti lain seperti lari berganti-ganti, berenang di atas manusia serta tarian gangnam.
HMetro

No comments:

Post a Comment