Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi atas perbuatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebanyak RM 50 juta.
Saiful menuntut ganti rugi RM50 juta kerana Ketua Pembangkang itu menuduh beliau telah memfitnahnya dan berkonspirasi dengan cara membuat laporan polis berhubung kejadian liwat yang menimpanya.
Kes Liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari sekarang ini di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini sebulat suara mendapati Anwar bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Bekas pembantu peribadi Anwar itu memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Jun lalu.
Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu, pada pengurusan kes saman itu hari ini, Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin menetapkan 8 Oktober depan sebagai pengurusan kes.
Katanya, mahkamah memberikan arahan supaya Anwar memfailkan pernyataan pembelaan dalam masa tiga minggu.
Petikan dari MYKMU.NEY
No comments:
Post a Comment