ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PELAJAR UNITEN LEMAS DI TELUK CEMPEDAK

Saturday 2 August 2014

PELAJAR UNITEN LEMAS DI TELUK CEMPEDAK


KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kampus Muadzam Shah lemas ketika berkelah di Pantai Teluk Cempedak di sini sementara rakannya dilaporkan cedera petang tadi.

V. Saravanan, 18, dari Cheras, Selangor ditemui lemas oleh pengawal pantai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata mayat mangsa dilapor ditemui pada pukul 2.30 petang berhampiran lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah siasat. Rakannya yang cedera akibat terkena batu, D. Dinesh, 18, dirawat di hospital yang sama.

Anggota JPAM yang menemui mayat mangsa, Mustaqim Ariff berkata beliau dan rakannya Mohd Amin Morad sebelum itu telah memberi amaran kepada mangsa supaya tidak mandi di situ kerana ia berbahaya dan curam.

"Bagaimanapun kedua-duanya terus mandi sehingga seorang daripadanya menjerit meminta tolong kerana rakannya telah lemas dan akhirnya hilang di bawa arus.    

"Orang ramai yang melihat kejadian tersebut memaklumkan kepada kami dan kami bergegas turun ke laut untuk menyelamatkan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia selepas ditemui 10 minit kemudian," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment