ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LEMBU LOMPAT DARI LORI, TANDUK LELAKI

Sunday 3 August 2014

LEMBU LOMPAT DARI LORI, TANDUK LELAKI


Butterworth: Seorang lelaki berusia 30-an bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan di badan selepas ditanduk seekor lembu yang naik minyak dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth, jam 2 petang tadi.

Sebelum kejadian lembu berkenaan dikatakan melompat keluar dari sebuah lori membawanya selepas ikatan pada pergelangan kaki haiwan itu terbuka dengan sendiri.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, mangsa cuba mengelak haiwan berkenaan namun dia terus diserang lembu berkenaan.

“Ketika itu saya dalam perjalanan ke kedai namun melihat keadaan agak kecoh sebelum dimaklumkan mengenai kejadian lembu yang terlepas.

“Mangsa dikatakan tersembam ketika cuba lari dari serangan haiwan itu. Dia yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan,” katanya.

Katanya, pemilik haiwan berkenaan kemudian berjaya menenangkan lembu terbabit sebelum dibawa beredar dari lokasi kejadian. – Harian Metro

No comments:

Post a Comment