ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LELAKI MENGAMUK TETAK IBU, ABANG DI CHERAS

Saturday, 9 August 2014

LELAKI MENGAMUK TETAK IBU, ABANG DI CHERAS

Kuala Lumpur – Seorang lelaki tergamak menetak ibu dan abangnya selepas dia mengamuk dan cuba membunuh diri dengan membakar kediaman mereka di di Taman Bukit Anggerik, Cheras.
Dalam kejadian jam 2.40 petang tadi, lelaki berusia 50 tahun bekerja sebagai buruh kontrak dipercayai bertindak sedemikian ketika di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Cheras Senior Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kedua-dua mangsa berusia masing-masing 80 tahun dan 60-an cedera di kepala kini stabil selepas dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan namun dipercayai suspek dibawah pengaruh dadah.
“Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326/436 Kanun Keseksaan,” katanya. – Harian Metro

No comments:

Post a Comment