ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KERETA "TERBANG" REMPUH KEDAI

Tuesday 5 August 2014

KERETA "TERBANG" REMPUH KEDAI


KUALA TERENGGANU - Seorang pemilik kafe siber nyaris menjadi mangsa sebuah kereta ‘terbang’ yang merempuh premisnya dalam satu kejadian di Jalan Budiman, di sini, semalam.

Junaidi Mohd Tahir, 35, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila sebuah Perodua Myvi yang diletakkan kira-kira 30 meter dari premisnya ‘terbang’ selepas dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain.

Menurutnya yang berasal dari Lorong Haji Da, di sini, sebelum kejadian, dia sedang membaiki salah sebuah komputer di dalam premisnya sebelum bersiap sedia untuk  memulakan perniagaan.

“Ketika sedang asyik membaiki komputer, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dan menyangka ada berlaku kemalangan di hadapan kedai.

“Tetapi beberapa saat selepas bunyi dentuman itu, saya dikejutkan dengan kehadiran satu ‘lembaga’ hitam yang besar ‘terbang’ ke arah kedai sebelum merempuh cermin pintu hadapan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Junaidi berkata, dia bernasib baik kerana semasa kejadian, dia berada agak jauh dari pintu hadapan premis.

“Nasib baik ketika itu, saya baiki komputer jauh dari pintu,  jika tidak mungkin saya sudah dihempap kereta tersebut,” katanya.

Selain terpaksa menanggung kerugian kerosakan premis, motosikal Junaidi yang diletakkan di hadapan premis juga mengalami kerosakan teruk selepas dirempuh kereta berkenaan.
SH

No comments:

Post a Comment