ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL-FATIHAH : PELAWAK MAIDIN IBRAHIM MENINGGAL DUNIA DALAM SOLAT !!!

Wednesday 13 August 2014

AL-FATIHAH : PELAWAK MAIDIN IBRAHIM MENINGGAL DUNIA DALAM SOLAT !!!



PETALING JAYA: Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.

“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya.

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Hadira Ibrahim, 60, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pokok Tai di sini selepas solat Isyak pada malam ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun.

Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun.

Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi maslah jantung.
mStar

No comments:

Post a Comment