ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ADUN PAS MORIB KEKAL SOKONG WAN AZIZAH

Saturday, 16 August 2014

ADUN PAS MORIB KEKAL SOKONG WAN AZIZAH


PETALING JAYA: Walaupun dikecam kerana bertindak membelakangi parti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Morib, Hasnul Baharuddin tidak byerganjak dengan pendiriannya supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Pendiriannya itu sekali gus menolak saranan PAS Selangor supaya beliau dan seorang lagi Adun PAS kawasan Hulu Kelang, Saari Sungib menarik balik keputusan mereka dalam tempoh 24 jam.

"Saya tegas dengan keputusan dan pendirian sebelum ini. Saya tak akan tarik balik. Inilah keputusan muktamad saya," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberi tempoh 24 jam kepada Hasnul dan Saari supaya menarik balik pendirian mereka dan patuh kepada arahan parti supaya menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sedia ada.

Gesaan itu berikutan pendirian kedua-duanya yang sedia meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas jika pimpinan PAS menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baharu.

Mengulas lanjut, Hasnul sebaliknya berkata, PAS Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap mereka.

"Kesalahan yang dilakukan tidaklah begitu besar. Malah PAS Selangor tidak mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan.

"Saya serah kepada PAS Pusat untuk tindakan lanjut berhubung pendirian saya ini," katanya.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Saari berhubung gesaan PAS Selangor supaya beliau menarik balik pendiriannya masih gagal.

mStar

No comments:

Post a Comment