ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUKTAMAR PAS : UCAPAN DASAR PRESIDEN

Thursday 4 June 2015

MUKTAMAR PAS : UCAPAN DASAR PRESIDEN


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat (PR) walaupun ada desakan dari sayap kanan Pas.

Katanya, gabungan itu akan diteruskan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al Quran dan as Sunnah.

"Tentunya pada masa yang sama kita wajib berhati-hati," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar merasmikan Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.

Menurut beliau, sejarah Pas bergabung dengan parti politik di negara ini sejak 1951 lagi iaitu dengan Barisan Nasional (BN), DAP dan PKR.

Jelasnya, sejarah gabungan itu membuktikan Pas bukan sebuah parti tertutup atau menghafal hukum fekah semata-mata sehingga tidak memahami waqie politik negara.

"Semua ini kita lakukan melalui kaedah dibenarkan syarak dan syarat yang tidak mengikat Pas untuk membawa Islam.

"Namun, perlu diingat apa sahaja persepakatan yang mengikat Pas untuk meninggalkan perjuangan dan agenda Islam yang dibawa tidak boleh diikuti sama sekali," katanya.

Abdul Hadi yang kelihatan ceria dan mengambil masa satu jam 10 minit berucap menjelaskan, persetujuan melaksanakan Tahaluf Siyasi dengan PR dalam perkara yang dipersetujui bersama seperti menentang kezaliman, rasuah, ketirisan, urustadbir telus dan lain-lain yang menjadi titik tolak pertemuan.

"Agenda ini kita rangkakan sebagai panduan dan perkara yang dipersetujui dalam polisi bersama PR," katanya.


No comments:

Post a Comment