ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 'MAT SABU MELAMPAU' - ULAMA PAS

Monday 1 June 2015

'MAT SABU MELAMPAU' - ULAMA PAS

Hasil carian imej untuk MAT SABU

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah bertindak melampaui batas dan tidak menepati ciri-ciri pemimpin parti Islam apabila mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka di tempat awam.

Hasil carian imej untuk Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed
Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, tindakan tersebut menggambarkan seolah-olah Mohamad menganggap Presiden Pas sebagai seteru politik beliau sedangkan hakikatnya mereka merupakan rakan di dalam parti yang sama.

Menurut beliau, sebagai pemimpin parti Islam beliau sepatutnya pandai menjaga adab serta kesopanan dalam berpolitik dan tahu membezakan lawan atau kawan, bukannya melakukan kritikan sesuka hati terutama terhadap ketua parti sendiri.

“Kalau selama ini Presiden Pas dianggap berjaya, kenapa tiba-tiba sekarang dipandang rendah, itu menunjukkan perang mulut dalam Pas makin rancak yang bagi saya memang tidak patut berlaku.

“Mahu bertanding pun fikirlah parti Islam, jaga adab-adab dalam perjuangan untuk lawan dalam parti, kita bukan lawan musuh politik. Terus terang dia sudah melebih-lebih, lagi pun tok guru bukan lawan dia, lawan dia untuk timbalan jadi pertahankan jawatan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad ketika menyampaikan ceramah di Tumpat kelmarin secara terbuka mengkritik dan menyindir Abdul Hadi kerana gagal menawan Terengganu dalam pilihan raya umum lalu selain mahu membawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

Beliau dilaporkan berkata, meskipun ketokohan Abdul Hadi dalam politik dan agama diakui, namun kekuatan itu masih belum cukup untuk membantu Pas merampas kembali Terengganu daripada Barisan Nasional (BN).

“Pertandingan sesama kawan sepatutnya biarlah beradab sopan selaras dalam Islam, jangan terlebih sangat kerana kalau menang masih kawan, kalau kalah pun tetap kawan juga.

“Begitu juga prestasi turun naik dalam parti adalah perkara biasa, kalau menang kita bersyukur dan kalau kalah banyak bersabar, itulah sebaik-baiknya sifat seorang yang beriman,” tegasnya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kejayaan Abdul Hadi dalam memimpin Pas tidak boleh dipertikaikan dengan rekod berjaya memerintah Terengganu dan Kedah sebelum ini.

Katanya, memiliki sebuah pasukan yang mantap untuk bertanding dalam politik memang penting namun dalam soal individu, sumbangan dan jasa Abdul Hadi terhadap Pas tidak boleh dinafikan sejak menjawat jawatan nombor satu parti bermula tahun 2002.

“Setiap zaman ada tokoh dan pemimpin berbeza, Abdul Hadi juga sudah membuktikan apabila di bawah kepimpinannya, Pas menang di Kedah, Terengganu dan menerima sokongan kuat di Pahang.

“Ini adalah kejayaan yang telah dicapai oleh Pas, beliau sudah membuktikannya cuma saya tidak menafikan bahawa dalam politik sebuah pasukan yang mantap sangat diperlukan untuk menang,” jelas beliau.
RakyatNews

No comments:

Post a Comment