ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BANK NEGARA MULA SIASATAN FORMAL KE ATAS 1MDB

Thursday 4 June 2015

BANK NEGARA MULA SIASATAN FORMAL KE ATAS 1MDB


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan formal ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi meneliti sama ada berlaku pelanggaran peraturan dan perundangan Bank Pusat. 

"Ini melibatkan arahan perundangan bagi mendapatkan maklumat daripada entiti," kata BNM dalam satu kenyataan pada Rabu. 

BNM juga akan mengambil kenyataan daripada individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak domestik dan luar negara yang berkaitan. 

Selain itu, BNM berkata ia telah mengemukakan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa luar negara kepada agensi penyiasatan berkenaan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asing. 

"Bank Pusat ingin menekankan bahawa pendedahan lanjut butir-butir penyiasatan boleh menjejaskan hasil siasatan.  

"Bank Pusat melakukan segala-galanya dalam bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah perundangannya, termasuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain, untuk menyumbang ke arah penyelesaian segera perkara itu," katanya.
mStar

1MDB Akan Beri Kerjasama Penuh Kepada Bank Negara


KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan memberi kerjasama penuh kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung siasatan terhadap proses tadbir urus syarikat tersebut dan berharap penyelesaian segera bagi perkara itu.  

"Kami mengesahkan Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan ke atas 1MDB, yang memerlukan maklumat dan kenyataan daripada individu yang terlibat dalam proses tadbir urus syarikat," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda, dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Terdahulu Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan rasmi ke atas 1MDB bagi meneliti sama ada berlaku sebarang pelanggaran terhadap peraturan dan undang-undang bank pusat. 

"Ini melibatkan arahan undang-undang dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat daripada entiti tersebut," kata BNM dalam satu kenyataan. 

BNM juga sedang mengambil kenyataan individu-individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak dalam negeri dan luar negeri yang berkenaan. 

Selain itu, BNM berkata, ia telah menghantar maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa asing kepada agensi penyiasatan yang berkenaan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asing. 

"Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa sebarang penzahiran lanjut maklumat siasatan boleh menjejaskan hasil siasatan. 


"Bank Negara Malaysia sedang mengambil segala langkah yang perlu di bawah bidang kuasa perundangannya, termasuk bekerjasama dengan agensi lain, untuk menyumbang ke arah penyelesaian perkara ini dengan secepat mungkin," kata bank pusat.
BERNAMA

No comments:

Post a Comment