ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GURU WANITA MAUT DALAM KEMALANGAN DI LEBUHRAYA SALOR-KOTA BHARU

Wednesday 3 June 2015

GURU WANITA MAUT DALAM KEMALANGAN DI LEBUHRAYA SALOR-KOTA BHARU


Kota Bharu: Seorang guru wanita berusia 35 tahun maut, manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Salor- Kota Bharu, di sini, 3.50 petang tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil dipandu mangsa Salma Salawati Mat Saad, bersendirian, terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung Proton Preve.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari Wakaf Che Yeh ke rumahnya di Salor.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Ali berkata, pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.

"Kami terima panggilan kecemasan kira-kita 3.50 petang. 15 minit diperlukan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Dia parah di kepala dan badan maut di lokasi kejadian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

Empat mangsa cedera dihantar ke Hospital Pasir Mas bagi mendapatkan rawatan.
hmetro

No comments:

Post a Comment