ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP TAK BIMBANG PAS KELUAR PAKATAN - LGE

Tuesday 2 June 2015

DAP TAK BIMBANG PAS KELUAR PAKATAN - LGE

Guan Eng vs Hadi

KUALA LUMPUR – DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengambil keputusan menarik diri pada pemilihan parti itu, Khamis ini.

Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak dapat menghalang perkara tersebut berlaku jika itu yang dimahukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau Abdul Hadi mahu bawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang, beliau boleh berbuat demikian. Kami tidak bimbang.

“Jika kita terpaksa berjuang sendirian, maka kita akan lakukannya. Kita boleh berdiri di atas kaki sendiri,” katanya seperti yang dipetik dalam sebuah portal hari ini.

Menurut Guan Eng, selain terdapat kemungkinan menarik diri daripada pakatan pembangkang, pemilihan Pas nanti akan turut menyaksikan berlakunya perpecahan dalam parti itu sendiri.

Beliau bagaimanapun mengaku dan menyedari bahawa terdapat sebahagian pemimpin Pas yang masih mahu bekerjasama dengan DAP dan terus ingin kekal dalam pakatan pembangkang. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment