ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LETAK JAWATAN JIKA TIDAK BERSAMA - PM @NajibRazak

Monday 1 June 2015

LETAK JAWATAN JIKA TIDAK BERSAMA - PM @NajibRazak

1MDB: Letak jawatan jika tidak bersama pulihkan - Najib

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Menurut sumber Kabinet, Perdana Menteri menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Hal sama yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet itu turut dilaporkan portal berita, Malaysia-today.net.

“Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, menggesa menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletakkan jawatan.

Shahrir yang bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah agar seluruh anggota Kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam isu 1MDB ketika membuat gesaan itu berkata, prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Pada Jumaat pula, Ahmad Husni ketika mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB memberitahu, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu akan menerima pembayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas memeterai perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

Jelas Menteri Kewangan II itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian terbabit, IPIC akan membuat bayaran RM3.6 bilion itu pada atau sebelum 4 Jun dan dana itu akan digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjamannya berjumlah RM3.5 bilion lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan bank antarabangsa.
UM

No comments:

Post a Comment