ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LAGI VIDEO BAYI TERKUNCI DALAM KERETA MENJADI VIRAL DI FACEBOOK

Tuesday 2 June 2015

LAGI VIDEO BAYI TERKUNCI DALAM KERETA MENJADI VIRAL DI FACEBOOK

KLIP UNTUK LIHAT VIDEO

KUALA LUMPUR: Video orang ramai cuba menyelamatkan seorang bayi yang terperangkap dalam kereta sememangnya menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh pengamal media sosial. 

Video ini dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Tuan Nor Azlim yang juga merupakan salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian. 

Dalam video berdurasi 2 minit itu, orang ramai dilihat cuba membuka pintu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Myvi berwarna putih yang terkunci untuk menyelamatkan seorang bayi yang terperangkap di dalam kereta tersebut, dipercayai ditinggalkan oleh ibu bapanya.

fb

Kejadian ini dilaporkan berlaku di hadapan sebuah bank di Seksyen 9 di Shah Alam pada kira-kira jam 2.30 petang apabila enjin kereta tersebut dipercayai mati menyebabkan bayi tersebut terperangkap di dalam bersama kunci kereta.

Menurut saksi bernama Tuan Nor Azlim yang memuat naik video berkenaan di Facebooknya, rakaman ini dibuat ketika dia terlihat kenderaan milik mangsa dikerumuni orang ramai yang cuba untuk menyelamatkan bayi berkenaan.

Enjin kenderaan itu yang tidak hidup membimbangkan lagi orang ramai akan keadaan bayi yang berada dalam kereta tersebut.

“Pecahkan, pecahkan, pecah je,” jerit seorang saksi dalam video tersebut.

Difahamkan, bayi itu mula berpeluhan dan dipercayai mengalami kesukaran untuk bernafas ketika terperangkap dalam kereta tersebut. 

Selepas beberapa cubaan, akhirnya orang ramai berjaya membawa keluar bayi tersebut dalam keadaan yang selamat.

Menurut Azlim, rakaman ini dimuat naik di Facebook untuk memberi pengajaran kepada semua ibubapa agar perkara sebegitu tidak akan berulang lagi.

Sejurus selepas video itu dimuat naik, pelbagai komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook di bawah video tersebut.

fb

Bagaimanapun, menurut beberapa saksi, ibu bayi tersebut dilaporkan turut berada di tempat kejadian namun tidak ada sebarang pengesahan berkenaan ibu bapa bayi tersebut.

Tuan Nor Azlim
AstroAwani

No comments:

Post a Comment