ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JENAZAH TERSENYUM SELEPAS DIKAPAN

Monday 1 June 2015

JENAZAH TERSENYUM SELEPAS DIKAPAN

Jenazah tersenyum selepas dikapan

BERPENGALAMAN melihat jenazah yang seolah-olah tersenyum selepas selesai dikapankan menjadi pengalaman paling manis buat seorang wanita di sini yang berkecimpung dalam pengurusan jenazah hampir 30 tahun lalu.

Wan Azizah Wan Salleh, 56, berkata, sebelum dimandikan jenazah berkenaan biasa sahaja, namun ia berubah selepas mandi dan juga siap diuruskan dengan baik.

“Bahkan bukan saja saya, ada di antara ahli keluarga yang terkejut serta gembira, namun selepas melihat kekuasaan ALLAH SWT itu, saya hanya mampu bersyukur dan mendoakan kesejahteraan jenazah tersebut.

“Antara pengalaman lain juga, ada di antara jenazah yang saya rasa begitu senang untuk diuruskan walaupun bersendirian, saya bersyukur,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Berasal dari Kampung Dodol, Pulau Pinang, Wan Azizah mengakui dia tidak pernah mengikuti mana-mana kursus pengurusan jenazah ketika mula berkecimpung dalam dunia berkenaan.

Bagaimanapun bapa mertuanya adalah pengurus jenazah dan dari situlah timbulnya minat untuk melakukan kerja yang sama.

“Dalam hati saya terdetik, saya mempunyai ibu, esok jika mereka meninggal, saya mahu uruskan mereka sendiri.

“Alhamdulillah saya akhirnya berjaya menguruskan jenazah arwah ibu mertua saya, bagaimanapun jenazah ibu kandung tidak sempat kerana beliau menetap agak jauh dari saya,” katanya.

Wanita yang tidak lekang dengan senyuman ini juga menceritakan saat kali pertama dia diberikan tugas untuk menguruskan jenazah secara sendirian.

“Pada waktu itu Ramadan dan hendak jadi cerita ada tiga hingga empat jenazah, jadi saya ditugaskan untuk menguruskan sendiri jenazah lain.

“Saya memang agak terkejut tetapi atas dasar yakin dan berani demi memudahkan urusan si mati, saya lakukan juga dan saya bersyukur sehingga kini saya berjaya lakukannya,” katanya.

Selain sibuk menguruskan jenazah, Wan Azizah sering kali dijemput oleh persatuan untuk sesi taklimat penerangan pengurusan jenazah.
sh

No comments:

Post a Comment