ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GURU DISAMUN DUA LELAKI

Tuesday 2 June 2015

GURU DISAMUN DUA LELAKI


KOTA BHARU - Seorang guru di sebuah sekolah di sini, berdepan detik cemas disamun dua lelaki di rumahnya di Kampung Kubang Bongor, Melor, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Faezah Mohd Yusof, 58, dan anaknya, Anis Farhana Ismail, 23, tidur di dalam bilik masing-masing, sementara suaminya tidur di ruang tamu.

Faezah berkata, dia terdengar bunyi bising di ruang tamu dan melihat seorang lelaki mengacukan senjata ke arahnya.

“Akibat panik, saya tidak pasti senjata yang digunakan penjenayah ketika itu.

“Saya hanya mampu menjerit, segera mengunci pintu bilik tidur dan hubungi talian 999," katanya.

Menurutnya, penjenayah menyelongkar barang milik keluarganya dan berjaya mengambil beberapa barang kemas serta wang tunai.

“Saya nampak dua lelaki dalam rumah dan mereka juga melarikan kereta Toyota Harrier milik suami. Kerugian dianggarkan RM50,000.

“Alhamdulillah, saya bersyukur semua selamat walaupun kami mengalami kerugian yang agak besar,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Rohaimi Md Isa mengesahkan kejadian tersebut.
SH

No comments:

Post a Comment