ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RAFIZI PILIH UNTUK BERSEMUKA DENGAN NAJIB DI MAHKAMAH

Wednesday 10 December 2014

RAFIZI PILIH UNTUK BERSEMUKA DENGAN NAJIB DI MAHKAMAH


KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam nada angkuh memaklumkan beliau telah menjawab surat tuntutan dari firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Beliau mendakwa telah menjawab surat yang meminta penjelasan beliau mengenai kenyataannya di dalam video bertajuk “Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak”.
“Saya telah menjawab surat tuntutan yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melalui peguam saya, N.Surendran dan Tetuan Daim Gamany.
“Saya tegas bahawa ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara. Saya yakin kritikan saya adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi mendakwa beliau kini menunggu writ saman oleh Perdana Menteri untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Mynewshub.cc pada 4 Disember lalu melaporkan gara-gara membuat kenyataan berbaur fitnah, Rafizi berhadapan risiko disaman oleh Perdana Menteri.
Rafizi yang juga Naib Presiden menerima surat memohon penjelasan dari firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi pihak Najib mengenai kenyataannya di dalam video bertajuk “Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak”.
Beliau dalam nada bongkak bagaimanapun mendakwa sudah menjangkakan akan disaman dan berbangga kononnya kerana disaman demi memperjuangkan subsidi rakyat. MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment