ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAKATAN KEKALKAN WAN AZIZAH CALON TUNGGAL MB SELANGOR !!!

Sunday 17 August 2014

PAKATAN KEKALKAN WAN AZIZAH CALON TUNGGAL MB SELANGOR !!!


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sebentar tadi yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta TimbalanPresiden PAS, Mohamad Sabu.

Susulan keputusan itu, Anwar berkata pimpinan pakatan itu akan meneruskan proses menyembahmaklum ketetapan yang dicapai kepada baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam masa terdekat.
KENYATAAN MEDIA YANG DIBACA OLEH ANWAR

Saya Patuh Arahan Parti - Azmin


"Saya patuh arahan parti," demikian reaksi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berhubung cadangan melantik beliau sebagai calon kedua menteri besar Selangor yang baharu.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, beliau kekal dengan pendiriannya sebelum inj untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang dinamakan PKR.

"Saya cukup hargai dan berterima kasih kepada Abdul Hadi (Presiden PAS) yang mencalonkan saya sebagai calon menteri besar selain Dr Wan Azizah.

"Selaku timbalan presiden, saya patuh kepada keputusan yang dibuat oleh parti untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar yang baharu melalui akuan bersumpah yang dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Selangor sebelum ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini, Ahad.

Azmin muncul sebagai calon kedua menteri besar Selangor selepas Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada Ahad memutuskan supaya beliau turut dipertimbangkan sebagai calon berpotensi.
PS;
Ini sudah jadi lain... nampak gayanya keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat tengah hari tadi mahu dua nama ganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pusing, atau dalam kata mudah, PAS sudah kena main.


No comments:

Post a Comment