ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA BERANAK MAUT KEMALANGAN

Saturday 5 July 2014

DUA BERANAK MAUT KEMALANGAN


IPOH – Seorang bayi dan ibunya antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Km 202 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara dekat Semanggol awal pagi tadi.
Bayi berkenaan maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala ibunya meninggal dunia di Hospital Taiping.
Kedua-duanya menumpang lori membawa tong gas yag dipandu suami wanita berkenaan, yang patah kakinya dalam kemalangan kira-kira 4.30 pagi itu.
Seorang lagi yang maut ialah kelindan sebuah lori simen.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila lori gas itu yang datang dari arah selatan melanggar bahagian belakang lori simen sehingga menyebabkan tong-tong gas bertaburan di atas jalan.
“Apabila terdengar bunyi dentuman kuat, pemandu lori simen memberhentikan kenderaannya sementara kelindannya turun untuk melihat apa yang berlaku apablia dia dilanggar sebuah kenderaan lain dan mati di tempat kejadian,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sementara itu sebuah kereta Proton Exora yang melalui jalan  itu terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas setelah melanggar tong-tong gas yang bertaburan.
Pada masa yang sama sebuah kereta Toyota Wish yang dinaiki sebuah keluarga turut melanggar tong gas dan penghadang jalan, katanya.
Sementara sebuah kereta Mercedes yang dinaiki sepasang suami isteri pula melanggar pembahagi jalan.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment