ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SAYA AKAN JADI MB HINGGA HABIS PENGGAL - KHALID IBRAHIM

Thursday 17 July 2014

SAYA AKAN JADI MB HINGGA HABIS PENGGAL - KHALID IBRAHIM



Shah Alam: Walaupun gagal mendapat sokongan akar umbi pada pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor serta didesak untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, beliau akan mempertahankan jawatan berkenaan. 

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat EXCO negeri, di sini semalam, katanya, beliau akan memegang jawatan Menteri Besar sehingga pilihan raya umum akan datang dan tidak mempedulikan desakan serta tekanan yang mahukan jawatan itu dikosongkan segera.

"Seperti janji saya kepada rakyat Selangor ketika angkat sebagai Menteri Besar, ialah untuk berkhidmat sehingga pilihan raya akan datang. Saya harus bertanggungjawab terhadap amanah diberikan rakyat, saya akan utamakan kepentingan rakyat dalam semua perkara,” katanya. 

Jawatan tidak kekal 

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pada program wacana memartabatkan ekonomi ummah dan majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, berkata jawatan setiap pemimpin tidak kekal dan akan mengalami perubahan. 

“Jawatan pemimpin tidak akan kekal kerana perubahan semestinya ada,” katanya yang mengakui tidak bersetuju dengan tindakan beberapa wakil rakyat mendesak Abdul Khalid meletak jawatan, malah beliau sudah menasihatkan Menteri Besar Selangor itu tidak membalas kenyataan sedemikian. 

Ketua pembangkang itu turut memohon Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi ruang kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta maaf susulan kenyataan pemimpin PAS itu berkaitan isu kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Bernama

No comments:

Post a Comment