ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO VIRAL BUAT WANI POPULAR

Friday 25 July 2014

VIDEO VIRAL BUAT WANI POPULAR


Sebelum ini video seorang gadis menyanyi sambil membuat kuih raya telah menjadi viral di laman sosial apabila giat dikongsikan.

Rata-rata memuji kemerduan suara gadis tersebut mendendangkan lagu Siti Nurhaliza sambil membuat kuih raya.

Susulan itu, Harian Metro menemubual Nor Hazwani Mohamad Ibrahim atau Wani, pemilik suara merdu tersebut.

Rupa-rupanya Wani sudah menyanyi sejak berusia 6 tahun lagi dan sekali sekala turut membuat persembahan bersama Kombo Penjara Malaysia kerana bapanya merupakan bekas warden penjara.

Bercerita bagaimana video nyanyiannya boleh dikongsikan di laman sosial, Wani menyatakan ia dirakam oleh seorang pekerja lain yang kemudian memuat naiknya di laman Facebook.

Wani sendiri bagaimana pun, turut terkejut dan tidak sangka video yang hanya untuk tujuan suka-suka tersebut boleh mendapat banyak perhatian dan perkongsian.

Kadang-kadang tuah seseorang memang sukar dijangka. Siapa tahu mungkin bila dah ramai memuji kemerduan suara Wani ini ada syarikat rakaman mahu menjadikannya artis mereka kan?

No comments:

Post a Comment