ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RESPON KETUA POLIS NEGARA MENGENAI 'NYONYA' BERBAJU BERCORAKKAN AYAT SUCI AL-QURAN !!!

Sunday 20 July 2014

RESPON KETUA POLIS NEGARA MENGENAI 'NYONYA' BERBAJU BERCORAKKAN AYAT SUCI AL-QURAN !!!


Bukan sesuatu yang asing, apabila rakyat Malaysia meletakkan emosi sebagai penimbangtara utama dalam reaksi terhadap sesuatu yang mereka lihat atau dengar.

Berlegar semenjak semalam, gambar seorang “nyonya” yang mengenakan pakaian bercorakkan ayat suci Al Quran. Maka, penulis tidak hairan reaksi dari orang Melayu terutamanya. Ini kerana, bagi orang Melayu, ada 4 perkara utama yang jangan disentuh, kelak celaka menjelma iaitu Agamanya, Bangsanya, Budayanya dan Negaranya. Apakah salah jika mereka memberi reaksi sedemikian?

Sekalung tahniah kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang menyampaikan berita untuk meredakan gundah gulana akibat dari isu-isu yang membangkitkan kemarahan orang Melayu tatkala ini.

Suasana sedang tegang, baik di Gaza dan Ukraine, yang memberi impak emosi kepada rakyat Malaysia yang prihatin.

Terima kasih Ketua Polis Negara!



twitter khalid abu bakar

No comments:

Post a Comment