ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JPJ BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KOMEN BERBAUR UGUTAN

Monday 21 July 2014

JPJ BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KOMEN BERBAUR UGUTAN


BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman sosial facebook kerana membuat komen berbaur ugutan terhadap anggota JPJ di negeri ini yang mengeluarkan saman terhadapnya.

Pengarah JPJ negeri Datuk Hassan Yaacob berkata, laporan polis itu dibuat oleh pegawainya pada Khamis lepas di Balai Polis Bayan Lepas, dekat sini selepas menyedari komen pemilik akaun yang bernama Mohd Aidil.

"Berikutan itu, pegawai saya telah membuat laporan polis kerana kami berasa kurang senang dengan tindakan pemilik akaun berkenaan yang seolah-olah mengugut pegawai dan anggota JPJ dalam menjalankan tugas seharian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ops Hari Raya Aidilfitri, peringkat Pulau Pinang, di Terminal Bas Butterworth, di sini hari ini. 

Hassan berkata pihaknya mengeluarkan saman kepada pengguna yang melanggar peraturan jalan raya dan bukan sewenang-wenangnya menyaman orang.

"Kalau tidak mahu disaman, jangan langgar peraturan dan kami di JPJ bukanlah agensi kerajaan yang suka-suka saman orang hanya untuk kutip duit," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment