ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SAMBUT AIDILFITRI AWAL SEHARI ???

Monday, 28 July 2014

SAMBUT AIDILFITRI AWAL SEHARI ???

JEMAAH an-Nadzir mendirikan solat Aidilfitri ketika hampir semua umat Islam masih berpuasa.
Jakarta: Jemaah Majlis Dzikir Latiful Akbar atau lebih dikenali sebagai Jemaah an-Nadzir terus melakukan kelainan apabila meraikan Aidilfitri sehari lebih awal, semalam.
Mereka mengadakan solat sunat Aidilfitri di sebuah rumah di Jalan Boegenville, di daerah Koja, Jakarta Utara.
Melakukan kiraan sendiri, kumpulan itu yang kebanyakannya hidup secara tertutup di kawasan Sulawesi Selatan yakin tarikh 1 Syawal wajar diraikan semalam.

Tinjauan mendapati anggota kumpulan itu mula tiba di rumah berkenaan sejak jam 6 pagi lagi.
Menurut ketua kumpulan berkenaan, Lazuardi, 55, kiraan tarikh menyambut 1 Syawal dilakukan melalui proses melihat anak bulan, suasana sekeliling dan pemerhatian aras air laut pasang.
“Jika kedudukan matahari, bulan dan bumi berada selari bermakna akan berlaku ribut petir dan terbukti malam semalam perkara itu berlaku,” katanya.

Dia juga mendakwa mereka melihat anak bulan melalui teleskop kelmarin.

“Kami memerhatikan pergerakan bulan sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Seorang ahli kumpulan berkenaan yang berasal dari Bogor, Hisyam, 56, menyatakan dia mengetahui Ramadan berakhir sejak Sabtu lalu.

“Saya memberitahu keluarga agar bersiap sedia untuk melaksanakan solat Aidilfitri dan tidak berpuasa.

“Kami sekeluarga berangkat dari Bogor sejak Subuh, namun akan menziarahi keluarga lain esok (hari ini) supaya tidak mengganggu mereka,” katanya. 

Selain menyambut 1 Syawal, mereka juga biasanya memulakan puasa Ramadan lebih awal berbanding penganut Islam lain di Indonesia. 
- Agensi

No comments:

Post a Comment