ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NIK ABDUH NAFI KHABAR ANGIN BERITA KEMATIAN NIK AZIZ !!!

Friday 18 July 2014

NIK ABDUH NAFI KHABAR ANGIN BERITA KEMATIAN NIK AZIZ !!!

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan berita yang mengatakan bapanya yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.
Nik Mohamad Abduh menerusi akaun twitternya menjelaskan bapanya berada dalam keadaan sihat dan meminta semua pihak mendoakan Lailatulqadr untuk Nik Abdul Aziz.
“Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit. Doakan #Lailatul Qadr untuknya dan kita semua,” tulis Nik Mohamad Abduh di akaun Twitternya.
Awal pagi hari ini, ketika tumpuan diberikan kepada berita mengenai pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, tersebar berita di internet yang mengatakan keadaan Nik Abdul Aziz dikatakan sedang nazak. – astroawani.com

No comments:

Post a Comment