ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SENARAI TERKINI BILANGAN DAN KERAKYATAN PENUMPANG MH17

Saturday 19 July 2014

SENARAI TERKINI BILANGAN DAN KERAKYATAN PENUMPANG MH17


KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan senarai terkini bilangan penumpang pesawat MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine kelmarin.
MAS dalam satu kenyataan media memaklumkan, siasatan terkini mendapati pesawat itu membawa seramai 298 penumpang dan kakitangan termasuk tiga bayi.
“Seramai 192 mangsa nahas itu merupakan rakyat Belanda dan seorang daripada mereka mempunyai dua kerakyatan iaitu Belanda dan Amerika Syarikat.
“Seramai 44 termasuk 15 kakitangan MAS dan dua bayi merupakan warga Malaysia, Australia (27), Indonesia (12 termasuk seorang bayi), United Kingdom (10 termasuk seorang mempunyai kerakyatan Afrika Selatan), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1), New Zealand (1),” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, MAS sedang bekerjasama dengan kedutaan negara terlibat untuk mengenal pasti ahli keluarga setiap mangsa.
Kata kenyataan itu, fokus MAS waktu ini untuk bekerjasa dengan pihak berkuasa dan pasukan keselamatan untuk memberi bantuan sewajarnya kepada waris keluarga.
“MAS akan memaklumkan perkembangan terkini insiden itu dari semasa ke semasa. Ahli keluarga mangsa boleh menghubungi talian 03-7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Belanda),” kata kenyataan itu.
MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment