ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO WANITA MUSLIMAH 'MENGAMUK' KERETA DILANGGAR, DIKEJI PENGGUNA MEDIA SOSIAL!!!

Wednesday 16 July 2014

VIDEO WANITA MUSLIMAH 'MENGAMUK' KERETA DILANGGAR, DIKEJI PENGGUNA MEDIA SOSIAL!!!


Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk apabila keretanya dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial hari ini.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang. Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.

Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.

Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Tindakan perempuan ni yang terlalu agresif tidak sepatutnya berlaku tambah lagi dengan kata kata kesat. pa yang dikesalkan mengenai Video ini adalah seorang wanita bertudung yang agak keterlaluan terus terpekik menyerang lelaki tadi dengan kata-kata yang agak kasar sememang nya amat memalukan sedangkan lelaki terbabit berkali-kali menyatakan pada nya dan orang ramai yang beliau tidak sengaja.


Video yang dirakamkan itu telah dimuat naik di media sosial semalam.

Antara komen-komen pengguna Twitter termasuk,

Pada pandangan penulis, lelaki yang melanggar kereta perempuan itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan, namun tindakan perempuan itu menggunakan pengunci stereng untuk mengetuk kereta lelaki itu adalah satu perlakuan agresif di luar batas kemanusiaan. Ia sepatutnya tidak perlu berlaku.

No comments:

Post a Comment