ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAYI BERJAYA DISELAMATKAN DARI RAHIM IBU YANG TERBUNUH

Saturday 26 July 2014

BAYI BERJAYA DISELAMATKAN DARI RAHIM IBU YANG TERBUNUH


BANDARAYA GAZA – Suatu keajaiban berlaku apabila seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan dari rahim ibunya yang terbunuh dalam serangan udara Israel awal pagi Sabtu.

Suasana di hospital penuh emosi apabila seluruh kakitangan berdoa dan mengharapkan bayi itu selamat.

Menurut BBC, bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan.

Ketika ini, pihak hospital masih berusaha untuk memastikan bayi itu dapat meneruskan hidup dengan normal.

Menurut doktor, bayi yang belum diberikan nama itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus dan kini sedang dirawat hospital.

“Saya sangat-sangat marah! Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku.

“Saya merasakan bayi ini milik saya,” kata seorang doktor Palestin ketika diwawancara BBC.

Media tempatan melaporkan, serangan udara yang menyebabkan ibu bayi itu maut berlaku di kawasan perumahan orang awam.

Sehingga kini, 848 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam di Gaza sejak Israel melancarkan serangan pada 8 Julai lalu, bagaimanapun hanya 36 orang Israel maut sejak serangan yang dilancarkan zionis sebagai protes tindakan Hamas yang didakwa melancaran serangan roket ke atas Israel.
mStar

No comments:

Post a Comment