ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ALHAMDULILLAH !!! SELEPAS 19 HARI TENTERA ZIONIS SERANG SEMENANJUNG GAZA, AMERIKA SERTA NEGARA-NEGARA PENYOKONG ZIONIS MULA ATUR PERJANJIAN DAMAI !!!

Saturday 26 July 2014

ALHAMDULILLAH !!! SELEPAS 19 HARI TENTERA ZIONIS SERANG SEMENANJUNG GAZA, AMERIKA SERTA NEGARA-NEGARA PENYOKONG ZIONIS MULA ATUR PERJANJIAN DAMAI !!!



Terkini | 11.10pm | Perang Hari ke-19
Wartawan : Israel melancarkan serangan peluru berpandu dekat kawasan "Tower 12" di bandar Syeikh Zaied Utara semenanjung Gaza.

Terkini | 11.06pm | Perang Hari ke-19
Pejuang al-Qassam berkata : Hari ini mereka berjaya melumpuhkan satu pesawat udara milik Israel F15 ,menghantar 8 bom tangan,4 peluru berpandu dan berjaya menembak dengan senjata sniper 5 orang askar israel.

Terkini | 11.01pm | Perang Hari ke-19
Reuters : Di laporkan pihak Kerajaan Perancis, Amerika, Britain, Jerman, Itali,Kesatuan Eropah, Turki dan Qatar akan duduk berbincang mengenai gencatan senjata pertempuran di Gaza esok hari.

Bermula dari hari pertama peperangan sehinggalah hari ke-19,tentera pejuang al-Qassam telah menghantar sebanyak 1957 buah roket dan sebanyak 177 buah roket berjaya sampai ke Bandar Haifa,Tel aviv, Lapangan Terbang Ben Gurion dan Dimona.

Terkini | 10.49pm | Perang Hari ke-19
Media Israel,Haaretz :

Menteri Pertahanan Israel berkata kesemua askar Israel telah bersedia untuk sebarang kemungkinan bagi meluaskan kawasan serangan di darat.

Terkini | 10.44pm | Perang Hari ke-19
Terbaru penjajah Israel menyerang menggunakan bom meriam bagi menyerang penduduk yang berada di Syarie' al-Naima dekat Beit Hanoun,Utara Bandar Gaza.


Terkini | 10.28pm | Perang Hari ke-19
Berlaku pertempuran antara penduduk tempatan dan askar penjajah israel di pintu masuk Bandar Anata iaitu merupakan bandar Palestin yang di jajah Israel sekarang.

Terkini

Kabinet Israel memutuskan sebulat suara menolak inisiatif plan damai yang dicadangkan Setiausaha Amerika Syarikat John Carry dan menyifatkannya sebagai mirip tuntutan Hamas. 
Gaza 9:58 PMPerang hari ke-19


Terkini !

19:18 Briged Izzuddin Al-Qassam melaporkan berjaya melancarkan 4 buah bom mortar jenis 120 ke arah sebuah kem tentera Zikim di Utara Gaza.

Gaza 7:39 PM Perang Hari ke-19
Terkini |
Briged Al-Qassam membedil Azata,Israel dengan 5 buah roket.

Gaza 6.40 pm | Perang hari ke-19
Masuk ke hari ke 20.


Tiada tanda-tanda bahawa al Qassam akan berundur apatah lagi untuk menyerah kalah. Yang pasti sehingga kini rejim Zionis yang mempunyai 720,000 anggota IDF ini gagal untuk menumbangkan semangat dan kegigihan al Qassam yang hanya berjumlah seramai 30,000 anggotanya.

Saat penentuan kelihatan semakin tiba, rejim Zionis terpaksa meminta pertolongan AS dan rejim Fattah as Sisi berserta manipulasi media Barat pro-Zionis.

Jangan putus untuk bersama-sama mendoakan kemenangan kepada pihak kebenaran yang mempertahankan Gaza, al Quds dan bumi Anbiya ini, apatah lagi di saat mulia di penghujung Ramadan yang diberkati ini.

Terkini |
Briged Al-Qassam : "Kami ketika ini telah berjaya membunuh sekurang kurangnya 10 orang tentera penjajah Israel selepas memerhatikan pergerakan mereka yang seramai 15 orang. 

Kami berjaya menggempur mereka dengan beberapa letupan periuk api dan beberapa serangan bazooka, kemudian berlaku beberapa tembak balas dalam jarak yang tak kurang hanya beberapa meter. 

Sehingga kini tentera Israel masih belum masuk untuk menyelamatkan pasukan mereka yang tercedera."

Gaza 6.14 pm | Perang hari ke-19
Terkini |
Briged Al-Qassam : "Pejuang-pejuang kami mengesahkan bahawa penjajah Israel tidak mampu menyelamatkan tentera-tentera mereka dalam peperangan yang berlaku di Beit Hanoun sehingga sekarang."

Gaza 5.51 pm | Perang hari ke-19
Terkini |
Seorang tentera penjajah Israel mati rentetan dari kecederaan yang dialaminya ketika bererang di sempadan semenanjung Gaza.


Gaza 5.45 pm | Perang hari ke-19
Terkini |
Dikhabarkan bilangan zionis penjajah yang mati dan juga cedera semenjak bermulanya serangan ke atas Gaza melebihi 549 orang. Dan bilangan tentera Israel penjajah yang ditangkap/ditawan disembunyikan daripada angka yang sebenar.


Gaza 5.38 pm | Perang hari ke-19


Pos polis Israel penjajah di dalam masjid Al-Aqsa dibakar oleh pemuda-pemuda palestin.

Terkini |
Briged Al-Qassam berjaya membedil segerombolan jentera penjajah Israel di timur Hijr Dik dengan menggunakan roket 107.


Gaza 4.32 pm | Perang hari ke-19
Terkini |
Briged Al-Qassam berjaya menembak tepat dua orang tentera penjajah Israel di timur Beit Hanoun.


Gaza 4.28 pm | Perang hari ke-19
Terkini |
Briged Al-Qassam berjaya membedil sebuah kenderaan pengangkutan tentera penjajah Israel yang terdapat beberapa askar Israel di sekitarnya di Beit Hanoun dengan menggunakan sebuah roket RPG.


Gaza 4.13 pm | Perang hari ke-19
Terkini |
Briged Al-Qassam berjaya membedil sekumpulan askar-askar Israel berdekatan dengan kawasan Mighin dengan 6 buah roket 107.


Posted by CUCU TOK WAN

No comments:

Post a Comment