ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AMUK KERETA KENA LANGGAR : KIKI AKAN DITUDUH DI MAHKAMAH PADA ISNIN

Sunday 20 July 2014

AMUK KERETA KENA LANGGAR : KIKI AKAN DITUDUH DI MAHKAMAH PADA ISNIN






TEMERLOH: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di sini Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan telah pun daripadanya pada Khamis.

"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat telah membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.

No comments:

Post a Comment